Ku jejak kasih semalam, mengharung rindu bagai lautan tak bermusim. Kepayahan jua kutatang bagai segunung intan. Takdir yang datang ku sisip doa, penuh redha. Kesabaran yang kupertahankan bagaikan sebuah percaturan. Bukan sedikit pengorbanan ini.

Sesungguhnya aku masih dan terus mencari CINTA...

Cintamu sesegar embun nan pagi, Semakin resah menanti terbit mentari, Hangatnya yang membakar mengeringkan, Segala keindahan yang penuh kepalsuan...



Wednesday, February 3, 2010

Nur Sarah Safiyah bt. Shaharudin


Terasa aku ingin bercerita tentang anak2 ku...Aku mulakan dengan Nur Sarah Safiyah...Di rumah gelaran buat dia adalah kakak...Anak sulungku yang kini belajar di Tadika JPM. Kakak lahir pada hari Isnin, 7.2.05 jam 12.36 am. Dia lahir setelah melangkaui 8 hari dari tarikh sepatutnya dilahirkan. Mengharungi sakit ketika hendak melahirkan sarah amat2lah memeritkan kerana itulah pertama kali aku merasai sakitnya hendak melahirkan sebagaimana dulu mak ku pernah rasakan..betapa pengorbanan seorang ibu amat2lah tidak wajar kita lupakan. Ketika sarah lahir dia dah biru...satu sbb dia dah tertelan najis kerana dia lahir terlewat 8 hari, beberapa saat baru dengar dia menangis..atas kepakaran doktor2 dan jururawat di bilik bersalin HUKM. Sejurus dia lahir...dia mengalami masalah pernafasan, dan dia dihantar ke wad NICU kanak2 dan aku ke wad bersalin..kami terpisah..Ya Allah bayangkan beberapa ketika dia dilahirkan aku dipisahkan dari anakku...Aku hanya sempat menatap wajah nya ketika Aby qamat di telinganya. Masa tue nmpk matanya bergerak mencarik suara abynya..dan suami ku amat gembira sehingga menitis airnya. Waktu itu doktor dan jururawat memuji wajah dan kening sarah yg dikatakan mcm dilukis dengan pensil ..hehehe..Alhamdullilah segalanya milik Allah..syukur kehadratmu..Setelah itu bermulalah episod2 perit buat ku dan suami. Namun aku bersyukur kerana perit itu tidak lama...Doktor memberitahu aku yg darah n paru2 sarah dijangkiti kuman dan diberikan antibiotik seterusnya yang paling aku tdk mampu hadapi apabila doktor pakar memberitahu aku dan suami yang kami perlu memberikan kebenaran pada mereka untuk mengambil air tulang belakang kerana takut kuman yang ada dlm darah sarah akan merebak ke otak nya..Bagaikan batu menghempas ke kepala aku dan suami perlu melakukan keputusan, pada mulanya aku menolak kerana beberapa faktor tetapi apabila professor di bhg nicu memberitahu aku serba sedikit penyakit yg anak aku hadapi aku meredhakan apa yg perlu beliau lakukan demi masa depan sarah. Aku pasrah...suami ku juga begitu..apa2pun yg terjd aku pasrah dan redha...yg membuatkan aku rasa sedikit tenang apabila jururawat disitu mengatakan pada aku yang aku tak perlu risau kerana doktor di situ semuanya amat2 berpengalaman dan bb yang tidak cukup bulan juga mereka pernah mengambil air tulang belakang kerana proses2 yang berkaitan dengan penyakit dan bidang perubatan. setelah air tulang belakang sarah di ambil dan setelah beberapa hari menunggu keputusan dah tatkala doktor mengatakan kuman dlm darah tidak merebak ke otak sarah dan hari tersebut doktor beri kami membawa pulang sarah...hanya Allah shj yang tahu perasaan yg kami ketika itu..Hampir seminggu lebih kami berulang alik dari rumah mertua ke HUKM. Mak dan abah aku juga byk memberikan kata2 semangat buat kami ..terima kasih mak n abah.....terima kasih juga kepada jururawat serta doktor2 pakar di NICU. walaupun sudah 5 thn perkara ini berlalu namun ianya terpahat kemas di ingatan ini. Kakak..umy tahu kakak kuat..kerana mmg kakak kuat dari sejak kakak dilahirkan. Jdlah kakak yang memberikan contoh terbaik buat adik dan bakal adik2 mu..Kakak is the best..kakak kesygan umy dan aby..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.