Ku jejak kasih semalam, mengharung rindu bagai lautan tak bermusim. Kepayahan jua kutatang bagai segunung intan. Takdir yang datang ku sisip doa, penuh redha. Kesabaran yang kupertahankan bagaikan sebuah percaturan. Bukan sedikit pengorbanan ini.

Sesungguhnya aku masih dan terus mencari CINTA...

Cintamu sesegar embun nan pagi, Semakin resah menanti terbit mentari, Hangatnya yang membakar mengeringkan, Segala keindahan yang penuh kepalsuan...



Tuesday, February 9, 2010

HANGATNYA CINTA

Sering aku merindu
Rindu pada dirimu
Sering aku teringat
Teringatkan dirimu
Walau waktu/musim berlalu
Kau masih di hati
Sentiasa wajahmu
Bermain di mata
Betapa indahnya cinta
Engkau dan aku
Tak mungkin ku lupakan
Engkau masih ku sayang
Sayang seperti dulu
Cinta mu di hati ku
Masih seharum dulu
Bersama kita rasa
Suka dukanya bercinta
Sedang hangatnya cinta
Kita pun berjanji setia
Di antara kita
Tidak rela berpisah
Demi kerana cinta
Apapun terjadi
Kau tetap ku cinta
Kerana cintamu abadi di hatiku
Apa pun terjadi
Pulanglah sayangku/padaku
Kerana kau kekasihku
Adat orang bercinta
Semuanya indah saja
Bila sudah kecewa
Sungguh pahit terasa
Alangkah indahnya
Jika kau dan aku
Saling menyayangi/memahami dan
Saling setia
Betapa rindunya/indahnya
Di dalam hatiku
Kasih dan sayang

Thursday, February 4, 2010

Engkau Suamiku...


9.2.2002 - Declare ( kalau tengok tmpt declare pun nak tergelak..)

9.2.2003-setahun bercinta

9.8.2003-bertunang

6.3.2004-Bernikah di Masjid Putrajaya

1.5.2004- Bersanding di Penang, umah arwah tok

15.5.2004- Bersanding di Dewan PPR, Desa Razak.


Yer...lelaki itu adalah Shaharudin Ahmad, Bersyukur Ya Allah engkau kurniakan lelaki itu buat suamiku..Yer..tipu kalau aku katakan dia terlalu sempurna buatku...tetpi aku jua tidak sempurna buat dia..tetapi dari ketidaksempurnaan itulah kami melengkapi satu sama lain..Bersamamu kesabaran membakar di jiwa. Mana ada perkahwinan yg tidak pernah dilanda badai...Tetapi kami harungi jua...Kdg2 perangai aku yg ntah apa2 nih..dia hadap dengan sabarnya...aku jua begitua..give n take. Kadang2 perbalahan kita hanya kepada perkara yg remeh temeh buatmu..tetapi pd aku adlaah sesuatu yang amat2 besar..kdg2 aku rasa kau tidak begitu serius dengan sesuatu perkara..tetapi itulah suamiku...yg aku respect pada dia...apa yg berlaku dia tak pernah nak ingat balik...past is past...jgn dia lupa perkara2 penting dlm idup kami n anak sudahlah..hehehhe..walau dia tak seromantik mana..ttp apa jua permintaan ku akan dia sediakan...walau mengambil masa ...aku tahu kdg2 perangai ku yg cemburu tak kena tempat menjd tekanan buat dia...tetapi itu adalah aku..kau perlu bersabarlah menerima hakikat itu..tetapi jauh disudut hatiku..aku cuba untuk memperbaiki kelemahan2 aku..Aku mahu menjd yg terbaik buat mu..supaya nnt bila aku pergi dahulu meninggalkan engkau wahai suamiku...ada sesuatu yg akan menjd kenangan buat mu...Suamiku...walaupun apa jua yg berlaku..aku mengharapkan kejujuran mu. Jujurlah denganku..kerana dari kejujuran akan menimbulkan kesetiaan dan seterusnya ikatan yg tak pernah padam hingga keakhirnya. Dan ketahuilah yg aku amat2 bersyukur kerana memilikimu dan tertalu takut suatu hari nnt akan kehilanganmu...Biarlah ajal sahaja yg memisahkan kita..untuk hidup bersama2 anak2 tanpamu adalah sesuatu yg mustahil untuk ku hadapinya..kerana engkau adalah kekuatan ku...hanya kasih syg dan kepercayaan yg harus aku bina dari dlm diri yg boleh aku balas dengan kebaikan yg kau berikan utk ku dan anak2...


Walau apa pun yg mereka katakan..hanya aku yg tahu kerana aku adalah isterimu...


Ya Allah panjangkanlah jodohku dengan Shaharudin Ahmad kerana engkau telah kurniakan aku seorang suami..sahabat..yg tidak pernah aku jangkakan...Anak2 ku..ketahuilah bahawasanya kamu perlu bersyukur..kerana dikurniakan seorang Aby yang amat2 bertanggungjawab serta menyayangi kamu berdua...


Apa pun yang perlu kita hadapi dlm rumahtangga kita nnt..biarlah kita jujur dan ikhlas antara satu sama lain...Dan semoga jodoh kita berkekalan hingga ke akhirnya...


Bie, even satu hari nnt ayang perlu berkorban apa jua2 utk bie..ayang redha..kerana biarlah di dunia dan akhirat ..bie menjadi kekasih dan suami Ayang.


Ayang LUV Bie...

Muhammad Syafi Mirza bin Shaharudin


Adik adalah panggilan buat anak ku yg kedua..Muhammad Syafi Mirza lahir pada hari Ahad, 13 Ogos 2006 jam 8.06am. Semasa sarah baru berusia 11 bln..aku disahkan mengandung adik..kesian kakak tak sempat nak bermanja pueh2 dia dah berkongsi syg dan kasih dengan adik. Tp inilah yg dikatakan rezki Allah Taala...dan semasa scan adik waktu berusia 5 bln dlm perut umy Allah juga telah memberikan rezki pada ku ngan suami seorang cahayamata lelaki..perkara inilah yg membuatkan air mata suamiku menitis..kerana dia mmg nak sgt bb boy...aku bersyukur..even kehadiran adik di luar jangkaan tp allah kurniakan bb boy buat ku dan suami. Setelah beberapa bulan dlm kandungan kami pun berpindah dari rumah mertua di cheras ke putrajaya. Dengan kakak yg masih kecil aku mengadung mmg amat2 meletihkan..namun perkara2 beginilah yg membuatkan aku tabah menjd seorang ibu. Adik juga lahir setelah 3 hari lewat dari tarikh jangkaan bersalin..perkara ini membuatkan aku jd takut kerana pengalaman yg aku dpt semasa mengandungkan sarah...mengandungkan adik aku rasa aku kuat berbanding sblmnya..mungkin aura anak lelaki..pada hari sabtu 12.8.06 pg semasa suami ku pergi kerja..dah ada pun kuar tanda darah...tp sbb tak sakit..n boleh lg mengemas satu rumah aku pun buat tak kisah..pukui 12 mlm dtg sekali lg tanda darah..masa tue...aku dah rasa sakit yg dtg selang 5-10 minit. Masa tue parents aku mmg dah ada...mak aku pun ckp yg muka aku dah lain so suami aku ketika itu lembik kerana keracunan makanan harus kuat untuk menghantar aku ke HUKM..pukui 2 lebih aku smpi di pendaftaran doktor check mengatakan laluan sudah terbuka 4 cm..teruih aku kena usung masuk labour room..sblm kena tolak masuk labour room doktor siap sound supaya lepas nih kena betui2 jarakkan kehamilan..mentang2lah anak2 aku rapat..tp ada aku kisah..hahahah...masa aku dlm labour room aku diberi antibiotik supaya apa yg sarah dpt semasa dia lahir tidak kena pada syafi...masa teruih berganjak doktor pakar mengatakan jantung anak aku tak stabil..oohhh tidak..apakah dugaan yg perlu aku hadapi lg...bermcam2 cara mereka lakukan...contohnya: dari dlm rahim aku mereka ambil sampel kulit kepala syafi..dua tiga kali..smpi tobek pala anak aku masa kuar..heheh..lepas tue dorang pasang wayar yg harus disalurkan ke kepala syafi mungkin untuk monitor degupan jantungnya...smpi ada satu ketika aku dah tak tertahan..aku minta pd dr pakar disitu untuk bedah jerklah aku nih..sbb dah tak tahan sgt..so doktor tue pun beballah kat aku dgn loghat indon dia seboleh2nya kalau boleh normal dorang takkan bedah..sbb bb pun okay..dorang kata bedah lg susah nnt...apa2 jerklah aku pun dah miong2 sbb dok pekena gas bg tahan sakit..tp sakit teruk gak..ngan kesakitan yg sesekali menerjah...yg seronoknya...waktu aku ckp pada doktor yg aku rasa nak beranak dah..doktor tue boleh ckp..teranlah..hadoii..aku pun dah tak tahan sgt..mengeran dan seterusnya meneranlah..hambiq kao kalut abis semua..ada ka suh aku hold..manalah nak boleh...ish2..so syafi kuar tak sempat dorang nak buat per2...hahah ituler sapa suh aku teran..yg paling aku tak dpt lupakan..smpi skrg aku masih terasa bagaimana last push tue kaki syafi menendang mcm menolak utk kuar..n kalau tengok syafi skrg...tak heran kalau dia boleh tendang utk kuar dari rahim aku.....tp apa2 pun adik..macam mana nakal adik sekalipun umy dan aby amat2 syg pada adik...adik adalah kekuatan umy dan adik adalah Geng Bas Sekolah aby...luv u adik...

Wednesday, February 3, 2010

Nur Sarah Safiyah bt. Shaharudin


Terasa aku ingin bercerita tentang anak2 ku...Aku mulakan dengan Nur Sarah Safiyah...Di rumah gelaran buat dia adalah kakak...Anak sulungku yang kini belajar di Tadika JPM. Kakak lahir pada hari Isnin, 7.2.05 jam 12.36 am. Dia lahir setelah melangkaui 8 hari dari tarikh sepatutnya dilahirkan. Mengharungi sakit ketika hendak melahirkan sarah amat2lah memeritkan kerana itulah pertama kali aku merasai sakitnya hendak melahirkan sebagaimana dulu mak ku pernah rasakan..betapa pengorbanan seorang ibu amat2lah tidak wajar kita lupakan. Ketika sarah lahir dia dah biru...satu sbb dia dah tertelan najis kerana dia lahir terlewat 8 hari, beberapa saat baru dengar dia menangis..atas kepakaran doktor2 dan jururawat di bilik bersalin HUKM. Sejurus dia lahir...dia mengalami masalah pernafasan, dan dia dihantar ke wad NICU kanak2 dan aku ke wad bersalin..kami terpisah..Ya Allah bayangkan beberapa ketika dia dilahirkan aku dipisahkan dari anakku...Aku hanya sempat menatap wajah nya ketika Aby qamat di telinganya. Masa tue nmpk matanya bergerak mencarik suara abynya..dan suami ku amat gembira sehingga menitis airnya. Waktu itu doktor dan jururawat memuji wajah dan kening sarah yg dikatakan mcm dilukis dengan pensil ..hehehe..Alhamdullilah segalanya milik Allah..syukur kehadratmu..Setelah itu bermulalah episod2 perit buat ku dan suami. Namun aku bersyukur kerana perit itu tidak lama...Doktor memberitahu aku yg darah n paru2 sarah dijangkiti kuman dan diberikan antibiotik seterusnya yang paling aku tdk mampu hadapi apabila doktor pakar memberitahu aku dan suami yang kami perlu memberikan kebenaran pada mereka untuk mengambil air tulang belakang kerana takut kuman yang ada dlm darah sarah akan merebak ke otak nya..Bagaikan batu menghempas ke kepala aku dan suami perlu melakukan keputusan, pada mulanya aku menolak kerana beberapa faktor tetapi apabila professor di bhg nicu memberitahu aku serba sedikit penyakit yg anak aku hadapi aku meredhakan apa yg perlu beliau lakukan demi masa depan sarah. Aku pasrah...suami ku juga begitu..apa2pun yg terjd aku pasrah dan redha...yg membuatkan aku rasa sedikit tenang apabila jururawat disitu mengatakan pada aku yang aku tak perlu risau kerana doktor di situ semuanya amat2 berpengalaman dan bb yang tidak cukup bulan juga mereka pernah mengambil air tulang belakang kerana proses2 yang berkaitan dengan penyakit dan bidang perubatan. setelah air tulang belakang sarah di ambil dan setelah beberapa hari menunggu keputusan dah tatkala doktor mengatakan kuman dlm darah tidak merebak ke otak sarah dan hari tersebut doktor beri kami membawa pulang sarah...hanya Allah shj yang tahu perasaan yg kami ketika itu..Hampir seminggu lebih kami berulang alik dari rumah mertua ke HUKM. Mak dan abah aku juga byk memberikan kata2 semangat buat kami ..terima kasih mak n abah.....terima kasih juga kepada jururawat serta doktor2 pakar di NICU. walaupun sudah 5 thn perkara ini berlalu namun ianya terpahat kemas di ingatan ini. Kakak..umy tahu kakak kuat..kerana mmg kakak kuat dari sejak kakak dilahirkan. Jdlah kakak yang memberikan contoh terbaik buat adik dan bakal adik2 mu..Kakak is the best..kakak kesygan umy dan aby..

Ketika Ini.




Hari ini aku berjinak2 dengan membuat blog..masih terlalu byk yg perlu dipelajari..At list sesudah FB aku mati tiada kubur..aku harus mencari sesuatu untuk menyumbangkan masa yang terluang...Aku mencari sesuatu untuk mengabadikan perkara2 yang istimewa. Mungkin di sini jawapannya...Dari hari ini dan seterusnya..semoga blog ini berjaya memberikan sesuatu yg istimewa buat aku..hehehe..so layanzzzz....




Seketika ini....gambar2 ini sahajalah yg dapat dihidangkan..